Selasa, 26 Maret 2013

PENGGUNAAN TEKS DALAM APLIKASI MULTIMEDIA


Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberikan perhatian  semasa kita membangunkan sebuah aplikasi multimedia yang melibatkan teks:


Ringkas tetapi padat 
⇒ Penggunaan teks haruslah diminimakan, kecuali jika aplikasi yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak.

⇒ Walaupun begitu, adakalanya penggunaan teks yang maksimum diperlukan terutama bagi aplikasi-aplikasi multimedia yang berunsurkan rujukan seperti ensiklopedia.
⇒ Dari sudut rekabentuk pula, bagi sesebuah aplikasi multimedia, seeloknya teks yang digunakan haruslah kurang daripada separuh skrin yang digunakan.

Penggunaan typeface dan font yang bersesuaian
⇒ Pemilihan typeface dan font yang bersesuaian dengan konsep, kumpulan pengguna sasaran, isi kandungan dan mood sesebuah aplikasi adalah penting didalam menentukan keberkesanan penyampian sesuatu maklumat.
⇒ Typeface dan font selalunya digunakan bagi menarik perhatian pengguna, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan ton atau mood (samada serius, sedih atau kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan sesebuah aplikasi.
⇒ Biasanya kebanyakan pilihan didalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia amat berkait rapat dengan objektif aplikasi dan pengguna sasarannya.

ƒMemastikan teks yang digunakan boleh dibaca
⇒ Ini merupakan salah satu ciri utama yang perlu diberikan perhatian.

Pemilihan gaya tulisan dan warna teks
⇒ Bertujuan untuk memberikan penekanan atau membezakan suatu isi kandungan dengan bahagian-bahagian lain pada paparan atau media bercetak.
⇒ Kontras di antara aksara atau perkataan amat memainkan peranan yang penting didalam menentukan kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan atau ayat.

Mengawal pemilihan font serta konsisten 
⇒ Rekabentuk skrin tidak terlalu semak atau sukar dibaca.
⇒ Oleh itu, Pembangun seharusnya tidak menggunakan terlalu banyak font, typeface, gaya dan warna.
⇒Selain itu, pembangunan aplikasi multimedia juga perlu menekankan konsep konsistensi didalam penggunaan teksnya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar