Senin, 25 Maret 2013

APA ITU TEKS?


Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian
multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian.

Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.

Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari.

Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi – aplikasi yang telah direkabentuk.

Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Struktur teks terdiri daripada:
ƒLinear
⇒ Struktur teks yang tradisional
⇒ Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
⇒ Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen (Subsection) yang akan membentuk perenggan.
⇒ Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon.

Tidak linear 

⇒ Dikenali sebagai Hypertext
⇒ Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
⇒ Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
⇒ Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari-dan-capai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat.

Pemampatan teks(Compression) diperlukan untuk mengurakan penggunaan ruang storan ketika penyimpanan dan pengagihan.

Antara kaedah yang digunakan untuk pemampatan teks adalah:
ƒHuffman coding
ƒLempel-Zil coding

Kedua-dua kaedah ini merupakan pemampatan lossless dan boleh memampatkan teks dalam bahasa Inggeris kepada setengah atau dua pertiga daripada saiz asal.










Tidak ada komentar:

Posting Komentar